Swirad sah sertai Sri Pahang

Jumaat 28 Mei 2021 17:47

Pemain kacukan Malaysia-England Nicholas Swirad dikatakan akan kembali beraksi di Liga Super dengan meyertai pasukan Sri Pahang.

Pemain berusia 30 tahun itu sudah berada di dalam negara selepas membantu kelabnya Nongbua Pitchaya menjuarai Thai League 2 baru-baru ini.

Pitchaya terpaksa menggugurkan Swirad dari skuad mereka pada musim ini berikutan syarat Thai League 1. Pemain import di Thai League 1 perlu melakukan minimum lima penampilan bersama skuad kebangsaan masing-masing. 

Sebelum ini Swirad dikaitkan dengan perpindahan ke Kedah tetapi ianya dinafikan oleh pihak pengurusan Lang Merah.

Difahamkan, segala urusan berkaitan perpindahan bekas pemain pertahanan Selangor itu ke Sri Pahang sedang berjalan ketika skuad kendalian Dollah Salleh itu mahu mengukuhkan jentera pertahanan.

"Kehadiran Swirad sememangnya dinantikan Sri Pahang terutama memperkasakan kubu pasukan sebaik saingan Liga Super bersambung Julai nanti.

"Diharapkan segalanya berjalan lancar dan Swirad akan bersama Sri Pahang untuk meletakkan pasukan ini pada kedudukan terbaik," katanya.

Skuad Tok Gajah sebelum ini telah membawa masuk empat pemain import baru - Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia) - untuk memperkasakan pasukan.

Dan mereka memang mencari tonggak berpengalaman untuk mengukuhkan benteng pertahanan mereka pada baki sembilan perlawanan Liga Super.

(Foto Nongbua Pitchaya)

Artikel Berkaitan

KL City rebahkan Tok Gajah

09:30 12-09-2022

Terengganu bangkit atasi Sri Pahang

09:37 22-08-2022