Kami akan bertambah baik: Van Gaal

Rabu 8 September 2021 11:47

138

Pengendali Belanda Louis van Gaal menegaskan pasukannya akan menjadi lebih baik selepas kemenangan kelayakan Piala Dunia 6-1 ke atas Turki di Amsterdam awal pagi tadi.

Memphis Depay menjaringkan hatrik pertama di pentas antarabangsa dan disertai oleh Davy Klaassen, Guus Til dan Donyell Malen selaku penjaring dalam kemenangan bergaya buat skuad Belanda.

Netherland membuka jaringan seawal 54 saat dan mendahului tiga selepas perlawanan melewati 38 minit waktu permainan, tempoh paling pantas mereka mendahului 3-0 dalam perlawanan kompetitif dalam dekad ini.

Turkey kehilangan khidmat Caglar Soyuncu yang dilayangkan kad merah sebelum tamat separuh masa pertama dan mendapat jaringan saguhati menerusi Cengiz Under, namun ia adalah kekalahan terbesar mereka sejak tewas 8-0 kepada England pada 1984.

Oranje hanya menang dua dan seri satu daripada tiga perlawanan sejak van Gaal mengambil alih tempat Frank de Boer dan menghasilkan 11 gol, dan van Gaal berkata masih terdapat ruang untuk diperbaiki.

"Sekiranya anda menang 6-1, anda boleh berharap untuk layak ke Piala Dunia...Inilah sebab saya kembali bersama skuad kebangsaan," kata Van Gaal.

"Saya cuba menunjukkan visi saya kepada pemain. Saya melakukan banyak perkara yang dikehendaki oleh pemain. Saya mengatakan selepas perlawanan Norway dan Montenegro bahawa mereka adalah pasukan yang hebat, dan saya mengatakannya lagi sekarang."

"Pasukan telah menampilkan permainan yang cemerlang sepanjang perlawanan. Kami telah melepasi halangan pertama dan gembira mengenainya. Mulai sekarang, ia akan bertambah baik. Kami agak cuai ketika mengawal permainan."

(Foto Memphis Depay FB) 

Artikel Berkaitan

Depay sahkan slot Belanda di Piala Dunia 2022

08:50 17-11-2021

80

Wijnaldum tekad bangkit

10:20 12-10-2021

93