Brazil lebarkan rekod kemenangan

Jumaat 8 Oktober 2021 16:25

107

Jaringan penalti Gabriel Barbosa lima minit sebelum tamat permainan melebarkan rekod sempurna Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan apabila bangkit menewaskan Venezuela 3-1.

Ia adalah kemenangan kesembilan berturut-turut untuk skuad Selecao dan melebarkan kedudukan di puncak kumpulan kepada lapan mata ke atas Argentina yang terikat 0-0 dengan Paraguay.

Gol awal Eric Ramirez meletakkan Venezuela di depan dalam aksi di Caracas tetapi Marquinhos menyamakan kedudukan menerusi tandukan sebelum penalti Barbosa.

Pemain gantian Antony melengkapkan kemenangan Brazil dalam masa kecederaan untuk memastikan Venezuela terus kekal di tangga tercorot kumpulan.

"Ia perlawanan yang sukar, kami bermula di bawah prestasi sebenar kami. Persembahan di babak kedua yang memberikan keputusan yang kami kehendaki," kata Marquinhos.

Beraksi tanpa Neymar yang digantung perlawanan, jentera serangan Brazil kurang menyengat walaupun menguasai permainan dan hanya mencipta peluang di akhir-akhir perlawanan. 

(Foto Confederação Brasileira de Futebol FB)

Artikel Berkaitan

Neymar yakin kembali lebih kuat

09:57 30-11-2021

56

Argentina sertai Brazil di Piala Dunia Qatar

11:44 17-11-2021

75