Benzema, Mbappe bantu Perancis ketepi Sepanyol

Isnin 11 Oktober 2021 09:47

61

Karim Benzema dan Kylian Mbappe mencetus inspirasi kepada Perancis untuk bangkit mengatasi Sepanyol 2-1 dalam aksi Liga Negara Eropah semalam.

Mbappe meledak jaringan 10 minit sebelum perlawanan tamat untuk membantu penyandang juara Piala Dunia itu menjulang trofi berkenaan di San Siro.

Sebelum itu Karim Benzema menyamakan kedudukan dua minit selepas Mikel Oyarzabal meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-64.

Kejayaan itu setidak-tidaknya mengubat kekecewaan selepas mereka tersingkir awal di Euro 2020 apabila tumpas di tangan Switzerland.

"Saya memang sentiasa mahu memenangi trofi dengan Perancis dan sekarang ia tercapai," kata Benzema.

"Kami menunjukkan kekuatan dari segi perwatakan, kerana pasukan ini sangat kuat, tidak pernah menyerah kalah dan kami berjaya membuktikannya."

"Ia adalah petanda ini adalah pasukan hebat tidak perlu panik, harus sabar dan tunggu peluang yang tepat

Les Bleus memulakan aksi di San Siro dengan ketinggalan hasil jaringan pembukaan Oyarzabal.

Bagaimanapun, mereka memperoleh dua gol menerusi dua penyerang bintang, tatkala Mbappe juga mempunyai beberapa peluang lain menjaringkan gol sebelum Sepanyol melancarkan serangan bertali arus ke arah pintu gol Perancis.

Didier Deshamps harus berterima kasih kepada Hugo Lloris kerana menghalang perlawanan daripada diheret ke masa tambahan selepas ketua pasukan Perancis itu tenang menyelamatkan percubaan Yeremi Pino pada masa kecederaan.

(Foto Équipe de France de Football FB)

Artikel Berkaitan

Shakhtar jadi mangsa amukan Real

15:46 20-10-2021

38

Mbappe, Messi cetus kebangkitan PSG

09:44 20-10-2021

37