Colombia sekat rekod kemenangan Brazil

Isnin 11 Oktober 2021 10:55

95

Kepulangan Neymar tidak dapat memberi inspirasi untuk Brazil melebarkan rekod kemenangan setelah diikat tanpa jaringan oleh tuan rumah Colombia pada kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan di Barraquilla, sebentar tadi.

Skuad Selecao yang memiliki rekod menang semua sembilan perlawanan awal kelayakan, dengan menjaringkan 22 gol dan mendahului carta kedudukan Amerika Selatan dengan kelebihan lapan mata sebelum sepak mula.

Skuad kendalian Tite itu hampir pasti layak ke pusingan akhir di Qatar tahun depan apabila mengekalkan jurang 13 mata berbanding pasukan tangga kelima, Colombia dengan empat pasukan teratas layak secara automatik.

Brazil bermula baik dan mendominasi pada suku pertama apabila Neymar menyepak kencang bagi memaksa David Ospina menepisnya berdekatan penjuru.

Lucas Paqueta kemudian mencuba penjaga gol itu sekali lagi dari jarak jauh yang sepatutnya mampu meletakkan pelawat di depan.

Hantaran Neymar memberikan peluang buat Paqueta berdepan satu lawan satu dengan Ospina tetapi bola tersasar untuk menyaksikan Brazil sekadar berpuas hati dengan satu mata. 

(Foto CONMEBOL.com dan Confederação Brasileira de Futebol FB)