Messi atasi rakan karibnya Suarez

Isnin 11 Oktober 2021 10:48

93

Lionel Messi membuka jaringan buat Argentina menewaskan Uruguay 3-0 pada kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan, sebentar tadi.

Gol daripada Rodrigo De Paul dan Lautaro Martinez melengkapkan malam kemenangan buat skuad kendalian Lionel Scaloni di Stadium Monumental, Buenos Aires.

The Albiceleste mengekalkan permulaan tanpa kalah dalam kempen kelayakan dan mengurangkan jurang dengan pendahulu kumpulan Amerika Selatan, Brazil kepada enam mata.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan agresif dan cubaan kedua-dua pasukan terkena palang sebelum Argentina membuka jaringan.

Bintang Uruguay, Luis Suarez menyerlah pada awal saingan dan memiliki tiga peluang semuanya menerusi sepakan penjuru ke dalam kotak penalti.

Dua daripadanya termasuk sepakan voli akrobatik ditepis penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez manakala cubaan ketiganya tersasar sedikit.

Bagi Argentina pula, Giovani Lo Celso menyepak liar dari jarak dekat dan Lautaro Martinez gagal menyambung hantaran lintang De Paul ke sasaran.

Lo Celso kemudiannya mengatasi penjaga gol, Fernando Muslera tetapi sepakannya terkena tiang dan keluar.

(Foto CONMEBOL.com FB)

Artikel Berkaitan

Mbappe, Messi cetus kebangkitan PSG

09:44 20-10-2021

37

Messi sedia ketuai La Albiceleste

17:08 07-10-2021

73