Wales paksa Belgium tunggu slot Piala Dunia

Selasa 12 Oktober 2021 10:04

69

Kemenangan 1-0 Wales ke atas Estonia dalam kelayakan Piala Dunia mengakibatkan Belgium perlu terus menanti bagi melayakkan diri ke Qatar 2022.

Jaringan Kieffer Moore pada minit ke-12 memadamkan kekecewaan Wales yang seri tanpa jaringan dengan lawan yang sama bulan lalu.

Jika Wales gagal mencatatkan kemenangan Belgium akan mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan E dan meraih slot automatik ke Qatar tahun depan.

Bagaimanapun, Wales yang beraksi tanpa Gareth Bale akibat kecederaan, masih lagi menaruh harapan tipis untuk mengejar pasukan nombor satu dunia itu, dengan merapatkan jurang kepada lima mata tatkala Belgium masih lagi memiliki baki dua perlawanan.

Republik Czech menduduki tempat kedua dalam kumpulan berkenaan dengan dipisahkan perbezaan jaringan selepas menang 2-0 ke atas Belarus serta mempunyai satu lagi baki perlawanan.

Belgium mampu mengesahkan slot ke Piala Dunia apabila mereka menanti kunjungan Estonia bulan depan.

Wales sudah pasti akan beraksi di playoff walaupun mereka menamatkan saingan di bawah Czech, selepas muncul juara kumpulan dalam saingan Liga Negara-Negara 2020/21.

(Foto FA Wales FB)

Artikel Berkaitan

Mbappe nadi kebangkitan kami: Lloris

09:46 08-10-2021

77

Lukaku sah miliki Chelsea

09:35 13-08-2021

121