Wijnaldum tekad bangkit

Selasa 12 Oktober 2021 10:20

62

Kemenangan 6-0 Belanda keatas Gibraltar memberikan sedikit kelegaan kepada Georginio Wijnaldum yang tampak hilang punca di Paris Saint-Germain (PSG). 

Tandukan Virgil van Dijk menyaksikan Belanda mendapatkan momentum awal, dengan Memphis Depay meledak dua gol menyaksikan Belanda mendahului separuh masa pertama dengan selesa di De Kuip, Rotterdam.

Denzel Dumfries tidak membazir masa apabila turut mencipta jaringan dalam separuh masa kedua, sebelum pemain gantian Arnaut Danjuma dan Donny Malen melengkapkan kemenangan enam jaringan tanpa balas ke atas Gibraltar dalam saingan kelayakan Piala Dunia Kumpulan G.

Wijnaldum mengakui dirinya 'tidak gembira sepenuhnya' dengan kurang minit permainan di PSG namun berikrar bagi mendapatkan tempat dalam pasukan tersebut.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai gergasi Ligue 1 secara percuma Jun lalu selepas gagal mencapai persetujuan dengan Liverpool, di mana dia turun sebagai pemain utama sejak lima musim yang lalu.

Selepas turun lima kali dalam tujuh perlawanan PSG musim ini, Wijnaldum hanya sekali berada dalam kesebelasan utama menjelang lima perlawanan terakhir sebelum rehat aksi antarabangsa.

Dia telah memainkan peranan buat skuad gergasi Perancis itu namun pemain tengah itu tidak berpuas hati apabila dilihat sebagai pemain sokongan kepada Marco Verratti, Idrissa Gueye dan Ander Herrera.

"Saya tidak boleh mengatakan saya benar-benar gembira. Ia bukanlah situasi yang saya mahu. Saya telah banyak beraksi sebelum ini, sentiasa bersedia dan berada di tahap terbaik," kata Wijnaldum.

"Ini merupakan sesuatu yang berbeza untuk saya membiasakan diri. Saya memang mahukan sesuatu yang berbeza namun ini yang berlaku. Sangat sukar."

"Itulah bola sepak dan saya perlu belajar menerimanya. Saya akan terus bersaing, positif untuk mengubah situasi ini."

(Foto Gini Wijnaldum FB)

Artikel Berkaitan

Mbappe, Messi cetus kebangkitan PSG

09:44 20-10-2021

37

Neymar takkan bersara terlalu awal: Pochettino

09:13 15-10-2021

96