Ronaldo tak puas pecah rekod

Rabu 13 Oktober 2021 14:03

65

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo 'berjanji saya akan sentiasa mencari lebih banyak gol' selepas terus memecahkan rekod jaringan antarabangsanya.

Pemain berusia 36 tahun itu menjaringkan gol antarabangsa ke-115 awal pagi tadi.

Ronaldo meledak hatrik yang ke-10 sepanjang karier antarabangsanya manakala rakan sepasukan, Bruno Fernandes juga mencipta satu gol ketika Portugal menang 5-0 mengatasi Luxembourg.

Dia kini bergelar pemain lelaki pertama dalam saingan antarabangsa mencipta 10 hatrik buat negaranya.

Sebelum ini, tonggak Portugal itu memecahkan rekod jaringan antarabangsa bulan lalu yang sebelum ini dimiliki pemain legenda Iran, Ali Daei.

Sejurus selepas kembali ke Old Trafford awal tahun ini, Ronaldo menjaringkan gol pada minit ke-89 ketika berdepan Ireland yang juga gol ke-110 buat Portugal dan satu melebihi rekod Daei.

Penyerang Manchester United itu kemudian mendapatkan gol pada lewat permainan untuk melengkapkan kebangkitan dan merekodkan gol ke-111.

Bintang United itu berjaya mendapatkan gol ke-112 menerusi sepakan kaki kiri pada minit ke-37 ketika saingan persahabatan menentang Qatar sebelum ini.

Menerusi Instagram, Ronaldo menulis: "Satu lagi kejayaan, satu lagi langkah mencapai sasaran kami, satu lagi malam bersejarah di pertahanan bersama bendera kami!

"Semuanya menjadi mudah apabila kami bermain di laman sendiri dan di depan penyokong yang sentiasa menjaga kami sejak minit pertama hingga akhir."

"Saya sudah berjanji yang saya sentiasa mencari lebih banyak, lebih banyak dan lebih banyak!

(Foto FIFA World Cup FB)

Artikel Berkaitan

RAMALAN SKOR EPL | Liverpool akan curi mata di Old Trafford

10:04 22-10-2021

20

Ronaldo redakan tekanan Ole

09:30 21-10-2021

40