Aguero beri berita baik buat Barca

Khamis 14 Oktober 2021 10:07

66

Barcelona bakal menerima khidmat Sergio Aguero tidak lama lagi selepas penyerang itu kelihatan sudah cergas ketika menjalani latihan semalam.

Aguero menyertai Barcelona secara perpindahan percuma selepas kontraknya di Manchester City tamat pada penghujung musim lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu membantu Argentina menjuarai Copa America menjelang musim baru ini tetapi mengalami kecederaan betis sebelum permulaan musim 2021-22, yang menyaksikan dia terlepas aksi beberapa minggu pertama.

Barca dan ketua jurulatih Ronald Koeman yang semakin tertekan dengan keputusan buruk, memerlukan segala bantuan untuk meredakan tekanan.

Blaugrana kini menduduki tangga kesembilan LaLiga selepas tumbang 0-2 kepada Atletico Madrid dalam perlawanan terakhir dan mereka juga tewas kedua-dua perlawanan pertama dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Sebagai pemangkin, Aguero sudah mula berlatih sepanjang waktu rehat antarabangsa dan diturunkan dalam perlawanan latihan menentang UE Cornella semalam.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kepastian sama ada Aguero akan cukup cergas untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Valencia hujung minggu ini.

Mereka kemudian akan menghadapi Dynamo Kiev dalam UCL sebelum pertembungan Clasico dengan Real Madrid di Camp Nou pada 24 Oktober ini.

(Foto Sergio Aguero FB)

Artikel Berkaitan

Pique hidupkan peluang Barca

09:45 21-10-2021

35

Fati terus cemerlang reda tekanan Barca

10:41 18-10-2021

48