Persaraan Aguero tidak benar: Xavi

Isnin 22 November 2021 09:17

70

Pengendali baru Barcelona, Xavi, menafikan dakwaan bahawa Sergio Aguero akan bersara.

Aguero masih belum beraksi buat Barca  sejak pasukannya terikat 1-1 dengan Deportivo Alaves pada 30 Oktober lalu, di mana dia dikeluarkan kerana berasa pening dan sakit dada. 

Barca kemudian mengesahkan bahawa pemain itu terpaksa berehat selama tiga bulan selepas pihak perubatan mengesyaki dia mengalami masalah kardiovaskular. 

Pemain berusia 33 tahun, itu pada 12 November lalu, menegaskan dalam satu ciapan Twitter bahawa dia 'sentiasa positif' walaupun terdapat dakwaan dia tidak lagi akan dapat bermain.

Xavi, yang meraih kemenangan 1-0 ke atas Espanyol dalam perlawanan pertamanya selaku jurulatih pasukan itu semalam, menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan Aguero sah akan bersara itu merupakan satu berita palsu.

"Apa yang didedahkan itu tidak benar...Saya sudah bercakap dengannya, dia amat tenang dan gembira. Saya menyuruhnya untuk kembali apabila dia sudah berasa baik," kata Xavi.

Aksi di Camp Nou semalam, menyaksikan Memphis Depay menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti untuk menewaskan seteru setempat, Espanyol, walaupun Barca bernasib baik apabila dua percubaan Raul de Tomas terkena tiang dan tandukan Landry Dimata tersasar.

"Saya amat gembira dengan tiga mata ini dan usaha yang dilakukan pemain saya," kata Xavi.

"Kami tidak berada dalam keadaan terbaik dan Espanyol banyak mencipta masalah buat kami. Dan kami juga bernasib baik apabila percubaan mereka terkena tiang.

"Saya gembira dan saya kira ia kemenangan yang selayaknya buat kami. Kami tidak boleh gagal, itulah sikapnya untuk tidak gagal," katanya lagi.

(Foto FC Barcelona FB)

Artikel Berkaitan

Pedri raih Trofi Kopa

09:42 30-11-2021

58

Benfica kecewakan Barca lagi

09:07 24-11-2021

58