Terengganu, KL City gagal guna kelebihan tempat sendiri

Selasa 23 November 2021 09:02

71

Terengganu gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri setelah diikat seri 1-1 oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan membawa pulang bekalan satu gol berharga untuk menjadi pasukan pilihan mara ke final menjelang pusingan timbal balik, Jumaat ini.

Dalam perlawanan di hadapan kira-kira 20,000 penonton itu, skuad Nafuzi Zain terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Jordan Mintah yang menanduk tepat umpanan Lee Tuck pada minit kelapan.

Kelebihan itu bagaimanapun gagal dipertahankan oleh pasukan tuan rumah setelah diasak oleh pasukan pelawat yang kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui Bergson Da Silva pada minit ke-50.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Melaka United turut meraih bekalan tipis selepas terikat 1-1 dengan KL City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia yang kedua.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu tidak menunggu lama untuk berada di depan selepas sepakan percuma Adriano Narcizo berjaya menewaskan penjaga gol KL City, Kevin Mendoza pada minit kelapan.

Bagaimanapun, KL City berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Zhafri Yahya yang menanduk masuk bola hantaran kapten Paulo Josue pada minit ke-26.

(Foto Melaka United & KL City FB)

Artikel Berkaitan

Ramalan Hodak jadi kenyataan

09:16 01-12-2021

56

Hodak rancang kejutan, Mora bersedia

09:32 30-11-2021

58