Jaringan Ronaldo, Sancho pacu kebangkitan United

Rabu 24 November 2021 08:59

88

Manchester United menempah slot ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara setelah mencatat kemenangan 2-0 di Villarreal di Stadium Cerámica.

Juara Eropah tiga kali, United yang melalui perlawanan pertama sejak memecat Ole Gunnar Solskjaer, perlukan kemenangan untuk mengesahkan kedudukan di dua tempat teratas Kumpulan F.

Bagaimanapun mereka berdepan tekanan besar kerana kekalahan boleh melenyapkan impian itu.

Penjaga gawang David de Gea melakukan dua aksi hebat menyelamatkan United dan Michael Carrick yang mengemudi pasukan, mengambil kelebihan hasil jaringan Ronaldo pada minit ke-78.

Jadon Sancho, yang menjadi menjadi sasaran kritikan sejak perpindahan dari Borussia Dortmund mempamerkan aksi individu yang cemerlang dan meledak gol pertamanya buat The Red Devils pada minit ke-90.

"Ia bukanlah keputusan yang penting buat saya secara peribadi. Ia penting buat pemain dan kelab," kata Carrick.

Gol Ronaldo adalah yang ke-799 dalam kariernya, ke-140 dalam Liga Juara-Juara dan keenam dalam kejohanan tahun ini.

Satu lagi tempat dalam kumpulan masih boleh diraih selepas Young Boys dan Atalanta seri 3-3 di Bern.

Gol lewat Vincent Sierro dan Silvan Hefti memberikan juara Switzerland kelebihan 3-2 namun Luis Muriel meledak pada minit ke-88 buat pelawat.

Atalanta akan berdepan perlawanan penentuan bertemu Villarreal di Bergamo bulan depan


(Foto Manchester United FB)

Artikel Berkaitan

Rangnick kagumi Fred, puji aksi Ronaldo

09:04 06-12-2021

32

Ronaldo ledak gol ke-801 untuk atasi Arsenal

09:15 03-12-2021

52