Benfica kecewakan Barca lagi

Rabu 24 November 2021 09:07

58

Harapan Barcelona untuk layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara kini bergantung kepada saingan terakhir Kumpulan E selepas diikat seri tanpa jaringan oleh Benfica di Nou Camp awal pagi tadi.

Ketika Xavi Hernandez mengetuai kelab dalam perlawanan keduanya selepas menggantikan Ronald Koeman, skuad dari Catalan itu menampilkan persembahan jauh berbeza daripada apa disaksikan ketika tewas 3-0 kepada Benfica di Lisbon pada September.

Kemenangan boleh melayakkan Barca bersama Bayern Munich, yang kini menjadi pasukan perlu ditewaskan mereka pada 8 Disember atau Benfica kalah kepada Dynamo Kiev untuk meneruskan kemaraan.

Pertahanan Barcelona, Ronald Araujo berkata "Kami bermain sama seperti dimahukan bos, terutama memberi tekanan di atas. Apa yang kurang ialah gol."

Dalam saingan ketika hujan itu, skuad tuan rumah dipimpin Xavi menguasai saingan dengan kesungguhan dan kepantasan.

Hanya palang menafikan cubaan penyerang remaja, Yusuf Demir pada lewat babak pertama.

Barca kini di kedudukan kedua kumpulan dengan tujuh mata, dua di depan Benfica dan nasib mereka akan ditentukan hasil keputusan di Munich dua minggu lagi.

(Foto Sport Lisboa e Benfica FB)

Artikel Berkaitan

Pedri raih Trofi Kopa

09:42 30-11-2021

58

Persaraan Aguero tidak benar: Xavi

09:17 22-11-2021

71