Al Hilal rangkul kejuaraan ACL keempat

Rabu 24 November 2021 10:09

84

Al Hilal dinobatkan sebagai juara Liga Juara-Juara AFC 2021 (ACL) selepas mencatat kemenangan 2-0 untuk mengatasi Pohang Steelers dari Korea Selatan pada perlawanan akhir.

Pemain tengah Al Hilal Nasser Al Dawsari membuka jaringan menerusi cubaan dari luar kotak penalti hanya 16 saat selepas perlawanan bermula di Stadium Antarabangsa Raja Fahd di Riyadh.

Gol tersebut juga mencipta sejarah setelah disahkan sebagai gol terpantas dalam sejarah final Liga Juara-Juara AFC.

Kemenangan Al Hilal disahkan oleh pemain penyerang Moussa Marega yang meledak gol kedua pasukan gergasi Arab Saudi itu pada minit ke-63 selepas menerima hantaran Bafetimbi Gomis.

Kelebihan dua gol ini memusnahkan harapan Pohang untuk bangkit dan ianya menyaksikan Al Hilal merangkul kemenangan Liga Juara-Juara buat kali keempat selepas meraih gelaran 1991, 2000 dan 2019.

(Foto نادي الهلال السعودي - AlHilal FB)

Artikel Berkaitan

JDT kecewa lagi

08:52 02-07-2021

249

Penalti jadi punca kekalahan JDT

12:02 29-06-2021

174