PSG tempuh laluan penuh ranjau

Khamis 25 November 2021 09:13

67

Paris Saint-Germain bakal berdepan laluan penuh ranjau dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah selepas Manchester City menjuarai Kumpulan A dengan kemenangan 2-1 ke atas juara Perancis itu.

Kylian Mbappe meletakkan PSG di depan lima minit selepas babak kedua aksi di Stadium Etihad bermula, tetapi City bangkit meraih kemenangan menerusi jaringan Raheem Sterling dan Gabriel Jesus.

Pengendali PSG Mauricio Pochettino lebih banyak diasak dengan soalan berkenaan perpindahannya ke Manchester United ketika sidang media pra perlawanan.

"Pemain-pemain tahu situasi kami. Kami hidup dalam bidang yang khabar angin sentiasa bertiup, ada masa positif, ada masa negatif," kata Pochettino berkenaan spekulasi dia akan menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Tahun pertama pengendali dari Argentina itu di ibu kota Perancis tidak mudah walaupun skuadnya dibarisi bintang dan mereka kini mendahului Ligue 1 dengan kelebihan 11 mata.

Kehadiran Lionel Messi untuk bergandingan dengan Mbappe dan Neymar menyebabkan jangkaan semakin memuncak untuk Pochettino membawa mahkota Liga Juara-Juara ke Paris buat julung kalinya.

Namun kini mereka berdepan pasukan seperti juara bertahan Chelsea, Bayern Munich atau Liverpool pada peringkat kalah mati.

City pula mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan dengan kelebihan empat mata ketika saingan berbaki satu perlawanan. PSG pula mara sebagai naib juara apabila RB Leipzig membelasah Club Brugge 5-0. 

(Foto UEFA Champions League FB)

Artikel Berkaitan

Messi pamer Ballon d'Or, PSG sekadar seri

12:24 02-12-2021

52

Neymar yakin kembali lebih kuat

09:57 30-11-2021

56