Liverpool cemerlang walaupun gilirkan pemain

Khamis 25 November 2021 09:07

68

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp memuji barisan pemainnya setelah menewaskan Porto 2-0 dalam saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah di Anfield.

The Reds sudah pun mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan, manakala misi Porto tercalar dengan kekalahan berkenaan.

Thiago Alcantara yang mengharungi tempoh sukar di Liverpool akibat kecederaan, meledak gol pertamanya sejak Mei untuk meletakkan mereka di depan dalam babak kedua.

Bintang Mesir Mohamed Salah memastikan kemenangan kelima berturut-turut dalam kumpulan dengan jaringan ke-17 peribadinya pada musim ini.

Klopp terpaksa merehatkan beberapa tonggak utamanya termasuk Virgil Van Dijk, Andrew Robertson, Fabinho dan Trent Alexander -Arnold bagi memastikan skuadnya cukup cergas untuk mengharungi jadual perlawanan yang ketat.

"Ia cukup bagus... sesetengah orang mungkin berfikir kami akan bermain sambil lewa tetapi kami di sini bukan untuk itu. Kami menang dengan dua gol hebat, terutamanya jaringan Thiago," kata jurulatih Jerman itu.

"Ia sedikit kucar-kacir, tetapi tidak pelik untuk pasukan yang sudah lama tidak beraksi bersama. Namun banyak perkara positif, baik secara individu mahupun sebagai satu kumpulan."

"Kami menurunkan pemain-pemain muda, pemain yang baru pulih daripada kecederaan dan pemain yang memerlukan minit permainan, manakala pemain yang perlu berehat dapat direhatkan."

Kekalahan tersebut meletakkan Porto pada tangga kedua kumpulan, satu mata di hadapan Atletico Madrid dan AC Milan, dan skuad kendalian Sergio Conceicao perlu menewaskan juara Sepanyol itu pada aksi terakhir kumpulan 7 Disember ini.

(Foto UEFA Champions League FB)

Artikel Berkaitan

Salah terus cemerlang buru gol

09:08 02-12-2021

48

Benitez terdesak hadapi bekas pasukan

14:41 01-12-2021

42