Benitez terdesak hadapi bekas pasukan

Rabu 1 Disember 2021 14:41

Liverpool akan bertemu dua individu yang sebelum ini pernah mencurah bakti buat mereka dalam tempoh 10 hari akan datang.

Sebelum bertemu Steven Gerrard, yang mengendali Aston Villa ke Anfield pada 11 Disember ini, Liverpool terlebih dahulu akan ke Goodison Park untuk bertemu bekas pengurus mereka, Rafael Benitez.

Pelantikan Benitez bagi menggantikan Carlo Ancelotti di Everton telah mencetuskan perbalahan pelbagai pihak.

Selepas memulakan kempen di Goodison Park dengan kukuh, masalah kecederaan pemain utama dan percaturan taktikal yang tidak menjadi meletakkan Benitez dalam keadaan tertekan.

Everton kini merekodkan tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) -- rekod terburuk mereka sejak 2016 -- dan mereka juga hanya meraih satu kemenangan daripada 10 perlawanan terakhir dalam kesemua kejohanan.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp telah memenangi tujuh pertemuan 'derby' Merseyside sejak menyertai Liverpool pada 2015 selain merekodkan lima keputusan seri dan hanya satu kekalahan.

Benitez akan menjadi pengurus keenam Everton yang akan berhadapan Klopp dan berdasarkan rekod kedua-dua pengurus itu, Klopp memenangi empat daripada tujuh pertemuan mereka dan hanya kalah sekali, iaitu ketika Borussia Dortmund tewas 1-2 kepada Napoli di peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim 2013-14.

Benitez kelihatan terdesak untuk menjalankan misi sukar untuk menumbangkan bekas pasukannya, Liverpool, yang ketika ini berada di prestasi jauh lebih baik berbanding pasukannya, awal pagi esok.

(Foto Everton FB)

Artikel Berkaitan

Klopp mahu terus kejar Man City

09:56 17-01-2022

Benitez dipecat Everton

09:06 17-01-2022