Ronaldo ledak gol ke-801 untuk atasi Arsenal

Jumaat 3 Disember 2021 09:15

Cristiano Ronaldo melepasi rekod 800 gol buat kelab dan negaranya selepas meledak dua jaringan ketika Manchester United menewaskan Arsenal 3-2 dalam saingan Liga Perdana awal pagi tadi.

Ketika pemangku pengurus baharu, Ralf Rangnick menyaksikan saingan daripada tempat duduk penonton, pengendali dari Jerman itu disajikan sedikit gambaran bakat yang akan bermain di bawahnya selain masalah perlu diselesaikan di Old Trafford.

Arsenal berada di depan menerusi cubaan Emile Smith Rowe yang mengatasi penjaga gol United, David De Gea yang sedang cedera sebelum Bruno Fernandes menyamakan kedudukan.

Gol ke 800 Ronaldo hadir selepas itu namun pantas disamakan Martin Odegaard untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Bagaimanapun pemenang lima kali Ballon d'Or itu meledak gol keduanya hasil sepakan penalti 20 minit sebelum tamat.

Tiga mata penuh buat United mengurangkan jurang antara dua kelab kepada dua mata dalam pemburuan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

(Foto Manchester United FB)

Artikel Berkaitan

Pertemuan Arsenal-Liverpool ditunda

14:08 06-01-2022

Shaw selar rakan sepasukan

09:14 04-01-2022