Pemain dah faham falsafah saya: Conte

Jumaat 3 Disember 2021 09:17

Antonio Conte berkata Tottenham Hotspur sudah mula memahami falsafahnya selepas jaringan pertama Son Heung-min dalam Liga Perdana sejak Oktober mengesahkan kemenangan 2-0 mengatasi Brentford awal pagi tadi.

Skuad kendalian Conte kali terakhir beraksi tujuh hari lalu ketika tewas 2-1 kepada pasukan kerdil Slovenia, NS Mura pada Liga Conference Europa.

Kecewa dengan kekalahan itu, Conte mengakui tugas di Tottenham adalah cabaran terbesar buat dirinya

Ketika Tottenham masih perlu banyak meningkat di bawah kendalian pengendali Itali itu, Conte boleh merasa lega melihat persembahan anak buahnya sejak dia mengetuai kelab.

Gol sendiri Sergi Canos memberikan Tottenham kelebihan pada babak pertama dan Son melengkapkan kemenangan selepas rehat babak pertama.

Ia adalah gol ke-75 Son sejak menyertai kelab utara London itu dari Bayer Leverkusen pada 2015.

Tottenham kini di tangga keenam selepas melebarkan rekod tanpa kalah di bawah Conte kepada tiga perlawanan sejak dia menggantikan Nuno Espirito Santo, November lalu.

"Ia persembahan yang bagus berdepan pasukan yang sangat berbahaya. Saya gembira kerana melihat komitmen hebat dan kesungguhan daripada pemain. Ia sesuatu yang bagus," kata Conte.

"Pemain mula faham falsafah saya. Kami boleh beraksi dengan lebih baik lagi tetapi gol kedua itu sangat bagus."

"Ia adalah tiga mata yang bagus untuk keyakinan kami. Kami bermula di laluan baharu. Pemain menunjukkan keinginan yang hebat untuk mengubah situasi." 

(Foto Tottenham Hotspur FB)

Artikel Berkaitan

Pemain bermain dengan api: Tuchel

09:13 13-01-2022

Conte tak pasti jika dapat pemain baru

10:36 12-01-2022