Ibrahimovic mahu terus sarung jersi Milan

Jumaat 3 Disember 2021 09:20

Bintang Sweden Zlatan Ibrahimovic bersedia untuk terus kekal bersama pasukan gergasi Serie A AC Milan.

Ketua jurulatih Milan, Stefano Pioli, menandatangani kontrak barunya bersama pasukan itu minggu lalu dan Ibrahimovic mahu menjadi individu seterusnya untuk menandatangani kontrak dan terus memenangi trofi bersama kelab berkenaan.

Ibrahimovic membuka jaringan menerusi sepakan percuma gemilangnya ketika Milan menewaskan Genoa 3-0 semalam dan keputusan itu menyaksikan mereka kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Napoli.

Kemenangan itu merupakan pengubat duka buat Milan, di mana rekod tanpa kalah mereka dalam kejohanan domestik dicalarkan dengan dua kekalahan berturut-turut dalam saingan liga.

"Saya seronok, sebelum perlawanan ini, kami sudah menentukan berapa lama saya akan bermain...Mereka di sini membuatkan saya berasa seronok dan muda," kata Ibrahimovic kepada media Itali.

"Kami melakukan kesilapan yang menghukum kami dalam dua perlawanan lalu. Ia memang salah kami, bukan disebabkan pasukan lawan, tetapi kami menang dan masih berada di kelompok atasan."

"Sekarang, saya berharap dapat memperbaharui kontrak. Saya amat gembira buat Pioli kerana dia layak mendapatkan lanjutan kontrak. Jika dia kekal, saya juga mahu kekal. Pioli melakukan tugasnya dengan baik."

"Saya amat gembira untuk penyokong kami. Sudah sekian lama mereka tidak menikmatinya seperti hari ini...Saya mahu membuatkan mereka gembira tetapi jika kami tidak memenangi trofi, kami tidak dapat lakukan apa-apa untuk mereka."


(Foto Zlatan Ibrahimovic FB)

Artikel Berkaitan

Ibrahimovic akui makin dimakan usia

11:15 01-11-2021

Giroud pacu Milan ke persada Serie A

10:18 27-10-2021