Gerrard mahu rebut mata di Anfield

Isnin 6 Disember 2021 10:27

Bekas kapten Liverpool Steven Gerrard berjanji akan cuba mengawal emosi pada perlawanan pertamanya di Liverpool sebagai pengendali pasukan lawan selepas membawa Aston Villa untuk mencatat kemenangan ketiga daripada empat perlawanan pertamanya.

Exri Konsa meledak dua jaringan untuk menyaksikan Villa bangkit daripada jaringan pembukaan Harvey Barnes untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Leicester.

Perlawanan itu juga menyaksikan Gerrard turut mengatasi skuad kendalian bekas pengurusnya di Liverpool, Brendan Rodgers dengan kelebihan perbezaan jaringan untuk berada dalam kelompok 10 teratas liga.

Tumpuan utama Gerrard kini beralih pada kunjungan Villa ke Anfield pada Sabtu depan. 

Gerrard mengharungi tempoh 17 tahun sebagai pemain skuad utama Liverpool dan salah seorang kapten terhebat mereka, tetapi ia tidak akan menjejaskan tumpuannya untuk mengatasi skuad kendalian Jurgen Klopp.

"Kami akan ke Anfield dan cuba memberi saingan untuk setiap mata ditawarkan. Daripada segi emosi, itu tugas saya untuk mengawalnya," kata Gerrard.

"Ia berkenaan pasukan dan mempersiapkan mereka dengan baik bagi mendapatkan keputusan. Ia bukan berkenan saya. Jika ia dibuat oleh orang lain, saya tidak dapat mengawalnya, tetapi kami akan ke sana dengan keyakinan."

Babak pertama perlawanan menyaksikan jaringan Jacob Ramsey untuk Villa dibatalkan pengadil kerana bola sudah dianggap berada dalam kawalan penjaga gol Kasper Schmeichel ketika Ramsey menendangnya.

Insiden yang terpaksa dinilai menerusi VAR itu bagaimanapun tidak menjejaskan moral Villa yang berjaya bangkit memburu kemenangan di babak kedua. 

(Foto Aston Villa FB)

Artikel Berkaitan

Klopp mahu terus kejar Man City

09:56 17-01-2022

Arteta puji aksi bertahan anak buah

10:18 14-01-2022