Sokongan penyokong suntik semangat Conte

Isnin 6 Disember 2021 10:43

Pengendali Tottenham Hotspur Antonio Conte berkata dia rasa bertanggungjawab terhadap penyokong selepas mereka melaungkan namanya ketika mencatat kemenangan 3-0 ke atas Norwich City.

Jaringan menarik Lucas Moura disusuli dengan gol babak kedua Davinson Sanchez dan Son Heung-min untuk Spurs kekal tanpa tewas dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Conte.

Penyokong Spurs melaungkan nama pengendali dari Itali itu 'Antonio, Antonio, Antonio' di Stadium Tottenham Hotspur bagi memberi isyarat yang mereka mengharapkan Conte untuk memberi nafas baharu kepada pasukan yang kini kembali dalam persaingan memburu kelompok empat teratas.

Spurs kini yang bermain kurang satu perlawanan kini hanya dua mata di belakang West Ham yang menghuni tangga keempat.

"Jujurnya, pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada peminat yang melaungkan nama saya. Memang saya amat gembira, bersemangat sekali. Tetapi pada masa sama saya rasa bertanggungjawab terhadap peminat kami,"

"Saya rasa mereka memberi kepercayaan penuh terhadap kerja saya. Saya baru sebulan di sini dan saya pasti ia satu tanggungjawab besar untuk menerima sambutan sebegini sebegitu awal," kata Conte.

Gerakan solo Moura meletakkan Spurs di depan apabila dia menggelecek pertahanan Norwich, bermain satu dua dengan Heung-min dan kemudian merembat ke sudut atas gawang. Ia adalah gol pertamanya sejak Februari.

(Foto Tottenham Hotspur FB)

Artikel Berkaitan

Pemain bermain dengan api: Tuchel

09:13 13-01-2022

Conte tak pasti jika dapat pemain baru

10:36 12-01-2022