McTominay redakan tekanan Man United

Selasa 11 Januari 2022 09:03

Manchester United mara ke pusingan keempat Piala FA selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Aston Villa awal pagi tadi.

Villa pastinya tertanya-tanya bagaimana mereka gagal membalas gol pembukaan McTominay pada minit kelapan walaupun menampilkan persembahan dominan selepas dua cubaan terkena tiang selain memaksa David De Gea menyelamatkan beberapa percubaan dan dua gol dibatalkan.

Pengendali sementara United, Ralf Rangnick terdesak memerlukan kebangkitan selepas minggu sibuk di kem United susulan aksi buruk ketika tewas 0-1 di tempat sendiri kepada Wolves.

McTominay meredakan tekanan keatas pasukannya selepas menyambut hantaran lencong Fred bagi memberikan tuan rumah permulaan baik tetapi selepas itu the Red Devils bergelut untuk mengekang asakan Villa yang bermain lebih baik.

Kemenangan itu memberikan juara 12 kali Piala FA, United mara bertemu pasukan divisyen dua, Middlesbrough pada pusingan keempat saingan.

(Foto Man Utd FB)