Xavi mahu cetus kebangkitan Barca

Rabu 12 Januari 2022 09:19

Pengendali Barcelona Xavi Hernandez berkata aksi Clasico separuh akhir dalam Piala Super Sepanyol esok , bakal menjadi titik tolak buat Barcelona ketika mereka berusaha mengukuhkan kembali kedudukan antara kelab elit Eropah.

Barca ketinggalan 17 mata di belakang Real Madrid dalam La Liga dan tersingkir saingan Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan musim ini, disamping menanggung hutang jutaan Euro menyebabkan kelab itu berdepan laluan getir.

Madrid pastinya menjadi pasukan pilihan tetapi pasukan muda Barcelona menunjukkan peningkatan di bawah bimbingan Xavi dan kemenangan mengejut pada awal pagi esok mungkin memberikan semangat buat mereka.

"Ia mungkin menjadi titik tolak," kata Xavi pada sidang media di Riyadh, Arab Saudi yang juga venue pertandingan itu dijalankan.

"Memenangi aksi Clasico membolehkan kami mara ke final dan memberi kredibiliti kepada usaha ini. Sambil mengetepikan sementara saingan liga untuk memberi tumpuan dalam pertandingan yang hebat. Ianya adalah mengenai trofi."

Madrid menewaskan Barca 2-1 di Camp Nou pada Oktober lalu dan mereka berada pada prestasi terbaik dengan hanya tewas satu daripada 18 perlawanan terakhir mereka.

(Foto FC Barcelona FB) 

Artikel Berkaitan

Mbappe tidak ganggu fikiran Ancelotti

11:43 20-05-2022

Xavi sasar kebangkitan musim depan

09:31 16-05-2022