Sanchez muncul wira Inter

Khamis 13 Januari 2022 09:17

Penyerang Inter Milan, Alexis Sanchez muncul wira selepas meledak pada minit terakhir tambahan masa untuk mencipta kemenangan 2-1 mengatasi Juventus pada Piala Super Itali di San Siro pagi tadi.

Ia memberikan kemenangan pertama buat Nerazzurri dalam kejohanan itu sepanjang tempoh 11 tahun pada kejohanan yang mempertemukan pemenang Serie A dan Piala Itali.

Penonton tuan rumah yang dikurangkan kepada kapasiti 50 peratus berikutan sekatan Covid-19, gembira apabila pemain gantian itu meledak pada minit ke-120 dan menentukan kesudahan 'Derby of Italy' antara dua pencabar dengan sejarah tersendiri itu.

"Lebih banyak juara bermain, dia akan menjadi lebih baik, dan dia melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan orang lain," kata Sanchez yang memulakan perlawanan dari bangku simpanan.

"Hari ini saya seperti itu, saya merasakan saya akan memulakan perlawanan kerana berada di prestasi terbaik. Saya rasa boleh memulakan perlawanan, saya menghormati jurulatih tetapi saya mahukan kemenangan... saya seperti singa yang dikurung."

Terdahulu Weston McKennie menanduk masuk gol pendahuluan buat kelab dari Turin itu sebelum Lautaro Martinez menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti pada babak pertama namun perlawanan menjadi semakin sengit selepas rehat babak pertama.

Sanchez berjaya membuktikan kemampuannya selepas diturunkan pada minit ke-75 sebagai penganti kepada Martinez dengan jaringan kemenangannya.

(Foto Inter FB)

Artikel Berkaitan

Chelsea tak selesai hukum Lukaku

09:09 07-01-2022

Lukaku mohon maaf

09:20 05-01-2022