Xavi suka dalam duka

Khamis 13 Januari 2022 10:53

Pengendali Barcelona Xavi Hernandez berkata pasukannya telah memberi tentangan sengit sekalipun tewas kepada Real Madrid pada aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol, pagi tadi.

Barca tewas 3-2 selepas tambahan masa di Arab Saudi untuk menjadikan kemenangan kelima berturut-turut buat Real Madrid dalam aksi Clasico.

Namun skuad kendalian Xavi, yang ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu La Liga itu mempamerkan kualiti tersendiri dan menunjukkan kelab tersebut mempunyai masa depan yang cerah.

"Ia amat jelas pada hari kami membuktikan kesungguhan dan memikul tanggungjawab pada bola sepak. Hari ini adalah hari yang tepat untuk berbangga dengan prestasi pemain sekalipun tewas," kata Xavi.

"Kami lebih hebat daripada Madrid dalam banyak peringkat.... Ia dua perasaan yang berbeza."

"Perasaan yang kecewa kerana tewas tetapi dari sudut lain kami boleh berasa bangga dengan persembahan kami. Kami perlu lebih banyak berlatih."

Perlawanan tersebut menyaksikan Vinicius Junior dan Karim Benzema meletakkan Real Madrid dua kali di depan namun Barcelona berjaya merapatkan jurang, dengan Luuk de Jong menyamakan kedudukan sebelum separuh masa dan tandukan Ansu Fati memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Namun Fede Valverde menjaringkan gol kemenangan untuk membolehkan Madrid mara ke final pada Ahad. Mereka akan berdepan sama ada Atletico Madrid atau Athletic Bilbao, yang akan beraksi pada separuh akhir kedua, hari ini.

Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti pula gembira dengan aksi dipamerkan pasukannya bagi memastikan kemenangan itu.

"Peluang agak seimbang, mereka lebih menguasai kedudukan, kami mempunyai lebih peluang ketika serangan balas," kata Ancelotti.

(Foto Real Madrid FB)

Artikel Berkaitan

Xavi mahu cetus kebangkitan Barca

09:19 12-01-2022

Torres dan Pedri mangsa terbaru Covid-19

09:13 04-01-2022