Cameroon tempah tiket ke pusingan 16 terakhir

Jumaat 14 Januari 2022 11:25

Tuan rumah, Cameroon muncul pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati Piala Negara- Negara Afrika apabila dua jaringan Vincent Aboubakar dan Karl Toko-Ekambi membantu mereka membelasah Ethiopia 4-1 di Yaounde.

Ini adalah aksi yang paling rancak dalam saingan benua itu selepas pusingan pertama peringkat kumpulan menyaksikan hanya 12 gol dijaringkan dalam 12 perlawanan, empat daripadanya menerusi penalti.

Cameroon menjadi satu-satunya pasukan yang menjaringkan lebih satu gol dalam perlawanan pertama mereka apabila dua jaringan Aboubakar menerusi penalti menewaskan Burkino Faso 2-1, Ahad lalu.

Namun pada aksi di Stasdium Olembe itu, mereka bangkit 'mengamuk' walaupun Dawa Hotessa mengejutkan Cameroon dengan gol pembukaan buat Ethiopia.

Toko-Ekambi mengikat kedudukan sebelum AbouBakar meledak dua gol di penghujung babak kedua dan Ekambi melengkapkan kemenangan 4-1 buat Cameroon.

"Kami beraksi dengan baik apabila menyerang tetapi pertahanan perlu menunjukkan peningkatan. Aksi lebih sukar menanti kami selepas ini," kata jurulatih Cameroon Toni Conceicao.

(Foto TotalEnergies Africa Cup of Nations FB)

Artikel Berkaitan