Persaingan posisi bek kanan JDT tambah sengit

Jumaat 14 Januari 2022 11:33

Pemain kebangsaan Syahmi Safari sah sertai Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas meninggalkan Selangor untuk musim ini.

Menerusi rakaman video selama seminit di laman rasmi Johor Southern Tigers, pemain Harimau Malaya itu memilih JDT sebagai destinasi untuk meneruskan karier bola sepak profesionalnya.

"Saya kini berada di sini. Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia dan JDT adalah tempatnya," kata Syahmi.

"Saya tidak boleh menyatakan tidak kepada kelab terbesar di Malaysia. ini adalah cabaran. Cabaran untuk saya melangkah ke hadapan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak."

Kehadiran Syahmi di dalam skuad Harimau Selatan akan memberikan saingan di posisi bek kanan bersama Matthew Davies dan S. Kunanlan.

Sebelum ini pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, ada seorang atau dua pemain tempatan akan di bawa masuk bagi menambah kekuatan juara Liga Super lapan musim berturut-turut itu.

(Foto Johor Southern Tigers FB)

Artikel Berkaitan

Brendan lega kembali sertai latihan

09:37 10-01-2022

JDT uji diri di UAE

09:11 07-01-2022