RAMALAN SKOR EPL | Chelsea perlukan kemenangan untuk mencabar kejuaraan

Jumaat 14 Januari 2022 14:58

Pendahulu liga Manchester City akan mengalu-alukan pencabar kejuaraan Chelsea ke Stadium Etihad untuk pertarungan dua pasukan teratas Liga Perdana.

Anak buah Pep Guardiola kini berada 10 mata di hadapan lawan mereka The Blues yang perlukan kemenangan untuk terus mencabar untuk kejuaraan liga.

City telah memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka di laman sendiri di semua kejohanan - termasuk setiap lima perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana - walaupun tiada penyerang yang khusus, City masih mempunyai purata sekurang-kurangnya tiga gol setiap perlawanan Liga Perdana di Etihad.

Secara keseluruhannya, juara bertahan itu telah mencatatkan 11 kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana, tetapi mereka tidak boleh mengambil mudah terhadap Chelsea yang mencabar kejuaraan Liga Perdana serta mara ke final Piala Liga.

Wabak Covid-19 yang melanda Man City menyebabkan seramai tujuh pemain pasukan utama diasingkan sebelum kemenangan Swindon, dan buat masa in imasih belum dapat dipastikan berapa ramai pemain terpaksa diketepikan.

Phil Foden dan Oleksandr Zinchenko dijangka menjadi dua daripada pemain yang terjejas, manakala John Stones hampir pulih daripada kecederaan, dan Riyad Mahrez bersama Algeria pada tugasan di Piala Negara-Negara Afrika.

Bagi Chelsea, pengendalinya Thomas Tuchel tidak mempunyai kebimbangan baru untuk menangani pertembungan teratas liga, tetapi Ben Chilwell, Reece James, Trevoh Chalobah dan wakil AFCON Edouard Mendy terlepas dari disenaraikan pada perlawanan menentang Man City.

Thiago Silva dan N'Golo Kante mengisi bangku simpanan setelah kembali daripada jangkitan Covid-19 ketika menentang Tottenham Hotspur dan bakal kembali ke kesebelasan utama di Etihad.

Kedudukan Malang Sarr dilihat terjamin di sayap kiri tetapi dia mungkin memberi laluan kepada Marcos Alonso di sini, manakala Kai Havertz akan kembali bergandingan bersama Timo Werner.

Walaupun Man City tidak dapat memulihkan beberapa pemain mereka daripada jangkitan Covid-19, skuad Guardiola tidak memerlukan insentif tambahan di laman sendiri untuk memadamkan harapan gelaran The Blues.

Chelsea sepatutnya didorong oleh dua persembahan mantap menentang Tottenham, tetapi Man City di tempat lawan adalah lawan yang berbeza, dan faktor keletihan The Blues bakal menyukarkan usaha mereka keatas City.

(Foto Chelsea & Man City FB)


Ramalan Maxgoal Sports 

BRIGHTON 1 CRYSTAL PALACE 1
MAN CITY 2 CHELSEA 1
BURNLEY 1 LEICESTER 1
NEWCASTLE 2 WATFORD 1
NORWICH 1 EVERTON 1
WOLVES 1 SOUTHAMPTON 0
ASTON VILLA 1 MAN UTD 2
LIVERPOOL 2 BRENTFORD 1
WEST HAM 3 LEEDS 2
SPURS 1 ARSENAL 1

 

Artikel Berkaitan

Klopp mahu terus kejar Man City

09:56 17-01-2022

Pemain bermain dengan api: Tuchel

09:13 13-01-2022