Bintang muda Chonburi, Kritsada Kaman rai hari lahir ke-22

Khamis 18 Mac 2021 10:41

Pemain muda Bawah 23 Tahun Thailand, Kritsada Kaman meraikan hari lahir yang ke-22 hari ini.

Kaman merupakan pemain kelab Liga Thailand 1, Chonburi di bahagian pertahanan dan juga skuad kebangsaan remaja sejak 2014.

Dia antara pemain penting dalam merangkul kejuaraan Bawah 19 Piala AFF pada 2017.

Bagaimana pun, bersama Chonburi, Kaman bermain di bahagian tengah, manakala posisinya diambilalih pemain dari Malaysia, Junior Eldtsal.

Kaman antara pemain penting dalam skuad The Sharks musim ini dan sentiasa berada dalam barisan sebelas pemain utama kelab yang dilatih Sasom Pobprasert ini.

Sepanjang bersama Chonburi dalam skuad senior, Kaman juga turut merakam empat gol, dan enam gol lagi bersama remaja Thailand.

Selamat Hari Lahir Kritsada Kaman!

 

Artikel Berkaitan

Harimau Malaya kejutkan Gajah Perang

09:17 23-09-2022

Pan Gon mahu kutip maklumat tambahan

09:32 22-09-2022