Mane dah pujuk Salah

Selasa 8 Februari 2022 14:43

Wira Senegal Sadio Mane mendedahkan dia telah memuji rakan pasukannya di Liverpool, Mohamed Salah selepas Mesir tewas kepada pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika.

The Pharaohs tewas 4-2 menerusi sepakan penalti dalam aksi Ahad lalu sekali gus menyaksikan Senegal meraih gelaran sulung mereka dalam pertandingan itu.

Perlawanan akhirnya itu tertumpu kepada dua The Reds yang ditakdirkan bertemu di Stadium Olembe pada pentas akhir kejohanan berkenaan.

Mane muncul wira buat Senegal, menjaringkan penalti kemenangan selepas perlawanan selama 120 minit tamat tanpa sebarang gol.

Sejurus selepas perlawanan tamat Mane pergi untuk menenangkan Salah dan memberi jaminan kepada rakan pasukannya itu bahawa dia (Salah) masih mempunyai banyak peluang memenangi kejohanan itu pada masa hadapan.

"Saya memberi tahunya bahawa dia masih lagi seorang pemain yang sangat hebat dan satu perkara yang menggembirakan dapat bermain bersamanya di kelab."

"Saya sangat menghormatinya dan dia memberikan segalanya untuk negaranya... Malangnya dia tidak menang tapi itu tidak bermakna ia sudah berakhir untuknya."

"Saya juga memberitahunya masih banyak yang boleh dimenanginya, termasuk Piala Negara-Negara Afrika 2023. Mereka ada pasukan muda, jadi mungkin mereka akan memenanginya satu hari nanti."

Salah tidak berpeluang mengambil sepakan penalti apabila dia dijangka akan mengambil sepakan kelima dan Mesir tidak sampai ke tahap itu.

Terdahulu Mane terlepas peluang keemasan untuk mengesahkan kemenangan dalam tempoh 90 minit apabila gagal menyempurnakan penalti apabila Salah memberi nasihat kepada penjaga gol, Gabaski di mana tempat kebiasaan rakan sepasukannya itu melepaskan sepakan.

(Foto Sadio Mané FB)

Artikel Berkaitan

Salah sedih berpisah dengan Mane

09:41 23-06-2022

Rudiger gembira Real tewaskan Liverpool

10:14 21-06-2022