Dominic cepat sembuh!

Ahad 21 Mac 2021 10:16

Pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe tidak lupa dengan seorang lagi pemain pertahanan negara, Dominic Tan.

Jelas Cheng Hoe nama Dominic tidak ada dalam senarai 28 pemain ke kem latihan pusat bermula Isnin ini disebabkan keadaan pemain itu tidak mengizinkan buat masa sekarang.

"Dia baharu sahaja menjalani pembedahan kecederaan (buku lali). Saya sentiasa menghubungi doktor pasukan untuk mengetahui perkembangannya.

"Saya harap dia akan pulih menjelang kem latihan satu lagi pada bulan Mei ini," jelasnya kepada MAXGOAL SPORTS.

Dominic yang kini beraksi dengan kelab Liga Perdana Thai, Police Tero mendedahkan dia dalam proses pemulihan.

"Kini saya hanya fokus untuk sembuh namun tidak terlalu 'push'. Saya mahu ia benar-benar pulih.

"Tempoh rehat kelab hujung bulan ini akan digunakan sepenuhnya untuk rehab," jelasnya baru-baru ini.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) ini dipinjamkan ke kelab Thai sejak 2019 selepas bersama kelab divisyen tiga Portugal, Vilaverdense pada tahun 2018.

Bersama Police Tero, Dominic antara pemain penting di barisan pertahanan apabila menyaksikan dia beraksi lima kali sebagai pemain utama dalam 15 perlawanan pusingan pertama liga, 9 kali dalam senarai simpanan dengan tujuh kali dimasukkan dan hanya sekali tidak tersenarai.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya bakal menjalani latihan pertama tahun ini bagi persiapan menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula Jun ini.

(Foto: Police Tero FC)

Artikel Berkaitan

TMJ: Sama ada Perak kaya atau LTK tiada kerja

09:20 21-09-2022

JDT menang, Bergson ledak hatrik

10:18 30-08-2022