Penang terus kempunan di Liga Super

Rabu 11 Mei 2022 10:45

Penang terus kempunan untuk merakam kemenangan pertama musim ini selepas tumbang 3-2 di tangan KL City FC pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Penang dibawah kendalian jurulatih sementara, Manzoor Azwira Abdul Wahid cuba bangkit selepas ketinggalan tiga gol tetapi pasukan tuan rumah KL City berjaya bertahan untuk melegakan sedikit ketegangan setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut.

KL City akhirnya menemui gol pembukaan pada minit ke-42 selepas penyudah 'finesse' 

Perlawanan tersebut menyaksikan KL meledak jaringan menerusi J. Partiban (minit ke-42), Romel Morales (m54) dan 
Zhafri Yahya (m77).

Penang cuba bangkit menerusi sepakan penalti Endrick dos Santos (m79) disusuli jaringan kedua oleh Hilal El Helwe (m86) tetapi ia tidak mencukupi.

Di Stadium MBPJ, bekas pemain Kedah, Khyril Muhymeen Zambri mengecewakan bekas pasukannya selepas tandukannya membantu PJ City bangkit mengikat Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-3.

Anak buah P Maniam mencetus kebangkitan mengagumkan sekalipun ketinggalan dua gol ketika saingan berbaki kurang 25 minit.

Ronald Ngah meledak hatrik buat KDA menerusi jaringan pada minit ke-18, 33 dan 65, manakala Darren Lok (m29), Mahali Jasuli (m77) dan  Khyril (m83) menemui jaringan buat PJ City.

Pengendali KDA, Aidil Sharin Sahak pasti tidak berpuas hati selepas anak buahnya mensia-siakan kelebihan dua gol yang dimiliki dan terus keciciran dua mata selepas mereka sudahpun tumbang dalam dua aksi terakhir.


(Foto KL City FB)

Artikel Berkaitan

Mora enggan tunding jari

09:34 20-05-2022

Gamel akui tugas berat di Stadium Sultan Ibrahim

09:54 18-05-2022