De Bryune lebih dari sempurna: Guardiola

Khamis 12 Mei 2022 09:17

Pep Guardiola menggambarkan prestasi Kevin De Bruyne sebagai "lebih daripada sempurna" selepas pemain Belgium itu meledak empat gol ketika membelasah Wolves 5-1 untuk membawa Manchester City semakin hampir kepada gelaran Liga Perdana.

Skuad kendalian Pep Guardiola kini tiga mata di depan Liverpool berbaki dua perlawanan dan perbezaan gol mereka lebih tujuh berbanding Reds.

City hanya memerlukan empat mata daripada kunjungan ke West Ham Ahad ini dan Aston pada hari terakhir musim untuk dimahkotakan sebagai juara buat kali keempat dalam lima tahun.

Dan dengan prestasi ditunjukkan De Bruyne, mereka boleh berehat seketika apabila bintang Belgium itu menampilkan persembahan terbaiknya bagi membenam tuan rumah menerusi hatrik dalam tempoh 24 minit.

"Babak kedua liga lebih daripada sempurna... dia hebat. Dia sentiasa ada naluri untuk membuat hantaran, tapi dia kini lebih tajam. Dia ada naluri untuk menjaringkan gol," kata Guardiola mengenai prestasi De Bruyne.

"Dia banyak menjaringkan gol, ini menjadikan dia terhebat. Menjaringkan empat gol dalam perlawanan penting liga ketika ini amatlah mustahak."

Semalam City mendedahkan mereka berjaya mengatasi kelab utama Eropah yang lain bagi mendapatkan tandatangan Erling Haaland.

Bagaimanapun pemain Norway itu sendiri pastinya bergelut untuk melakukan penyudah daripada kedua-dua kakinya seperti dilakukan De Bruyne.

"Kaki kanan saya lebih kuat tetapi saya tidak takut untuk menyepak dengan kaki kiri kerana ia boleh mencipta masalah buat lawan... apabila anda ada peluang, jangan teragak-agak," kata De Bruyne.

Jaringan hatrik De Bruyne adalah ketiga terpantas dalam sejarah Liga Perdana dan yang pertama sejak dia memulakan kerjaya bersama Genk 11 tahun lalu.

(Foto Man City FB)