Son kecewa dikeluarkan Conte

Jumaat 13 Mei 2022 09:35

Penyerang Tottenham Son Heung-min menegaskan bahawa dia 'menerima' keputusan Antonio Conte membawanya keluar ketika mereka meraih kemenangan penting 3-0 ke atas Arsenal namun meluahkan rasa marah dengan keputusan itu.

Son menjaringkan gol ketiga Spurs pada separuh masa kedua ketika pasukan Conte memusnahkan harapan seteru utama mereka dan menghidupkan kembali peluang untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas Liga Perdana.

Dengan Son yang kini mengejar Mohamed Salah dalam saingan sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana, pemain Korea Selatan itu kelihatan kecewa apabila dia dikeluarkan pada minit ke-72.

Son meraih penalti yang disempurnakan Harry Kane untuk gol pertama Tottenham kini berada di kedudukan kedua selaku penjaring terbanyak liga dengan 21 gol manakala Salah 22 gol di tempat pertama.

Conte jelas mahu mengekalkan Son dalam keadaan terbaik menjelang perlawanan Ahad ini menentang Burnley apabila beliau pasti Arsenal yang beraksi 10 pemain tidak mempunyai harapan untuk bangkit selepas Rob Holding di buang padang.

Namun Son dilihat marah ketika keluar dari padang dan terpaksa ditenangkan kakitangan kejurulatihan Conte di bangku simpanan sebelum bertenang.

Conte memeluk Son di atas padang selepas tamat perlawanan meraikan kemenangan mereka dan penyerang itu turut bangkit meraikannya.

"Memang saya sentiasa mahu bermain tapi apa boleh saya katakan? Saya perlu menerimanya," kata Son.

"Kami mempunyai perlawanan Ahad ini dan itulah sebabnya. Saya tak marah cuma kecewa. Saya perlu meneruskannya."

"Saya mahu terus bermain. Kami mempunyai perlawanan penting jadi saya perlu bersedia pulih dengan baik dan segar semula."

(Foto Tottenham Hotspur FB)

Artikel Berkaitan

Kasut Emas milik Heung Min dan Salah

10:40 23-05-2022

Arsenal terlepas saingan Liga Juara-Juara

09:20 17-05-2022