Arteta bidas keputusan pengadil

Jumaat 13 Mei 2022 09:44

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta 'menyerang' pengadil, Paul Tierney selepas hasrat mereka untuk mengesahkan slot keempat ke Liga Juara-Juara tidak terlepas  selepas tewas 3-0 di tangan seteru tetangga, Tottenham Hotspur.

Kemenangan akan menjamin kedudukan mereka di tempat keempat namun malam mereka tidak menjadi is Stadium Tottenham Hotspur apabila Harry Kane meletakkan Spurs mendahului menerusi sepakan penalti selepas Cedric Soares dikatakan menolak Son Heung Min.

Rob Holding kemudiannya dilayangkan kad merah kerana menghalang Son hanya beberapa minit selepas melakukan kekasaran ke atas pemain Spurs itu.

"Saya ada dua pilihan iaitu menipu kamu atau saya boleh digantung tetapi saya mahu berada bersama pasukan menentang Newcastle," kata Arteta apabila diminta mengulas mengenai insiden yang menyebabkan pasukannya huru-hara.

"Kalau saya katakan apa yang saya fikirkan, saya akan digantung enam bulan. Saya dibenarkan memberikan interpretasi saya atas apa yang terjadi tetapi saya tidak tahu menipu."

"Pengadil perlu datang ke depan kamera untuk menjelaskan keputusannya... sangat memalukan apabila permainan menarik dihancurkan pada hari ini."

Di sebalik kekalahan itu, Gunners masih berkelebihan satu mata mengatasi Tottenham dengan saingan berbaki dua perlawanan ini.

"Perlawanan ini sudah menjadi sejarah dan fokus adalah berdepan Newcastle. Ia tidak berpihak kepada kita, jadi kita harus menerimanya.
"Sangat memeritkan tetapi kita ada perlawanan penting pada Isnin dan kami akan cuba menewaskan mereka," tambahnya.

(Foto Arsenal FB)

Artikel Berkaitan

Kasut Emas milik Heung Min dan Salah

10:40 23-05-2022

Arsenal terlepas saingan Liga Juara-Juara

09:20 17-05-2022