RAMALAN SKOR EPL | Krisis kecederaan mampu gugat Man City

Isnin 16 Mei 2022 08:22

Man City terjerumus ke dalam krisis pertahanan untuk pertembungan West Ham dengan hanya seorang bek tengah berada pada keadaan separuh cergas selepas insiden kecederaan baharu pasukan tersebut.

Seperti yang dilaporkan awal minggu ini, Manchester City sudah kehilangan tiga daripada empat pemain pertahanan pilihan pertama mereka untuk West Ham dengan Ruben Dias, Kyle Walker dan John Stones semuanya diketepikan untuk baki musim ini.

Terdapat banyak yang dipertaruhkan untuk West Ham dan Manchester City di Stadium London pada hari Ahad ini.

The Hammers tahu kemenangan akan memintas Man United ke tempat keenam serta tempat Liga Europa daan untuk pasukan Pep Guardiola, ia mungkin menimbulkan masalah terhadap perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Tetapi Man City kini berhadapan krisis besar untuk pertembungan West Ham dengan masalah kecederaan.

City menewaskan Wolves 5-1 pada Rabu lalu untuk mendahului Liverpool dengan kelebihan tiga mata di tangga teratas.

Tetapi mereka terpaksa membayar dengan harga mahal apabila City menyaksikan kedua-dua - Aymeric Laporte dan pertahanan tengah Fernandinho - terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Nathan Ake - yang telah disifatkan sebagai separuh cergas selepas dikejarkan kembali beraksi - kini merupakan satu-satunya bahagian tengah City yang tersedia untuk perlawanan menentang West Ham.

Dan mereka mungkin perlu menurunkan pemain tengah Rodri di pertahanan selepas dia mengisi kekosongan pada penghujung perlawanan ketika menentang Wolves.

Namun, West Ham masih mempunyai banyak perkara yang perlu dibimbangkan terutamanya untuk menghadapi barisan bakat menyerang City yang berbisa.

Dengan Michail Antonio kembali ke prestasi menjaringkan gol dan Jarrod Bowen pada prestasi terbaik musim ini mampu mengucapkan selamat tinggal dengan bergaya kepada kapten West Ham, Mark Noble yang bakal bersara.

Dan David Moyes telah menerima berita baik menjelang perlawanan dengan kepulangan Said Benrahma, Craig Dawson dan Antonio untuk bertemu City.(Foto Man City FB)

Ramalan Maxgoal Sports

West Ham 1 Man City 2
Tottenham Hotspur 3 Burnley 0
Leeds Utd 2 Brighton 1
Wolves 3 Norwich 1
Watford 0 Leicester 1
Aston Villa 1 Crystal Palace 0
Everton 2 Brentford 1

Artikel Berkaitan

Haaland terus berbisa buat Norway

09:35 13-06-2022

Gol Haaland kejutkan Serbia

09:49 03-06-2022