Tuchel terima cabaran bina semula Chelsea

Khamis 19 Mei 2022 09:59

Pengendali Chelsea Thomas Tuchel menjelaskan kelab London itu terpaksa mengharungi proses pembinaan semula pasukan selepas pertukaran pemilik.

Roman Abramovich menjual Chelsea pada awal Mac lalu, hanya beberapa hari sebelum dia digantung oleh kerajaan British susulan serangan Russia ke atas Ukraine.

Pemilik bersama LA Dodgers Todd Boehly memenangi bidaan untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris itu tetapi masih belum mendapat lesen daripada kerajaan untuk melengkapkan pembelian.

Chelsea bakal kehilangan Antonio Rudiger kepada Real Madrid dan Andreas Christensen kepada Barcelona pada akhir musim ini selepas kontrak masing-masing tamat dan belum ada pengganti mereka di Stamford Bridge.

Skuad kendalian Tuchel berada di tangga ketiga liga menjelang perlawanan terakhir musim ini - menentang Leicester di laman sendiri - tetapi ketinggalan 19 mata di belakang Liverpool yang menghuni tangga kedua dan 20 di belakang pendahulu Manchester City.

"Anda sering bertanya jika kami perlahan dalam berbincang dengan pemain dan melakukan perancangan, sudah tentu, sangat perlahan.

"Kami terkesan dengannya, pemain keluar. Kami sedang membina semula pasukan, bukan memperkuatkan pasukan. Ia amat sukar tetapi kami sedia menerima cabaran," kata Tuchel.

Pengendali dari Jerman itu, yang menyaksikan pasukannya tewas pada penentuan penalti ketika final Piala FA menentang Liverpool di Wembley, berkata: "Saya tidak tahu di mana kami sejak hari pertama.

"Apa yang boleh saya janjikan ialah saya akan berada di sini - jika itu saya boleh janjikan. Saya akan berada di sini dengan penuh bertenaga dan positif.

"Ia amat mencabar untuk merapatkan jurang, berbanding dua pasukan lagi- City dan Liverpool, yang sudah menambah baik pasukan dan meletakkan tanda aras dalam semua aspek permainan.


(Foto Chelsea FB)

Artikel Berkaitan

Lukaku kembali ke pangkuan Inter

09:37 22-06-2022

Rudiger gembira Real tewaskan Liverpool

10:14 21-06-2022