Mbappe tidak ganggu fikiran Ancelotti

Jumaat 20 Mei 2022 11:43

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan fokusnya hanya pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool dan bukan pada kemungkinan mendapatkan Kylian Mbappe.

Pengendali dari Itali itu menjadi jurulatih pertama yang layak ke Liga Juara-Juara buat kali kelima dan bakal menjulang trofi kejuaraan Eropah buat kali keempat.

Satu-satunya perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang menyaksikan kekalahan dalam karier kejurulatihannya ialah pada musim 2004/2005 ketika membimbing AC Milan menentang The Reds di Istanbul.

Ancelotti mengharungi beberapa hari yang sibuk di Bernabeu apabila juara La Liga itu dikaitkan dengan perpindahan percuma Kylian Mbappe ke Madrid.

"Buat masa ini, saya hanya memikirkan tentang final Liga Juara-Juara," kata Ancelotti pada sidang akhbar.

"Saya tidak ragu-ragu mengenai kesebelasan utama. Satu-satunya kebimbangan saya ialah siapa yang akan yang bermain dan yang akan direhatkan semasa perlawanan."

Ancelotti juga ditanya sama ada peminat Madrid menghujaninya dengan soalan mengenai pembelian Mbappe semasa dia bersiar di sekitar kota Madrid.

"Mereka tidak melakukannya kerana saya hanya pergi ke Valdebebas, kemudian pulang dengan kereta. Saya makan di beberapa restoran Madrid yang bagus, tetapi mereka hanya bertanya kepada saya tentang Final."

Real Madrid akan beraksi pada perlawanan terakhir La Liga menentang Betis esok. Mereka sudah pun memenangi kejuaraan Sepanyol musim ini sekali gus menjadikan Ancelotti jurulatih pertama memenangi gelaran domestik dalam lima liga teratas Eropah.


(Foto Real Madrid FB)

Artikel Berkaitan

Son sasaran terbaru Real Madrid?

09:41 24-06-2022

Mbappe kekal bukan kerana wang: Al-Khelaifi

11:12 23-06-2022