Gundogan anggap kebangkitan luar biasa

Isnin 23 Mei 2022 09:48

lkay Gundogan menganggap kejayaan Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini sebagai sesuatu yang luar biasa selepas mereka bangkit menewaskan Aston Villa 3-2.

Pemain tengah Jerman itu masuk sebagai pemain gantian dan mencetus kebangkitan buat skuad kendalian Pep Guardiola yang hampir dipintas Liverpool selepas ketinggalan 2-0 di Stadium Etihad.

Gundogan menanduk masuk gol pertama City pada minit ke-76 sebelum Rodri menyamakan kedudukan, dan menjadi wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-81 selepas mendapat hantaran Kevin De Bruyne.

"Ia perlawanan yang sukar dipercayai. Kami manusia biasa dan selepas ketinggalan 2-0 peluang kami amat tipis. Tetapi kami perlu melakukan perkara-perkara betul dan menjaringkan dua gol dengan pantas, dan gol ketiga pada baki 10 minit melegakan kami.

"Ia tentang mendapatkan gol itu dan kemudian momentum akan berpihak kepada kami serta mampu menjaringkan tiga gol dalam tempoh beberapa minit.

"Ini antara hari yang akan anda kenang sampai bila-bila, ia perlawanan yang sukar dipercayai," kata Gundogan.

(Foto Man City FB)

Artikel Berkaitan

Haaland terus berbisa buat Norway

09:35 13-06-2022

Gol Haaland kejutkan Serbia

09:49 03-06-2022