Gol Haaland kejutkan Serbia

Jumaat 3 Jun 2022 09:49

Sepakan voli penyerang sensasi, Erling Haaland pada separuh masa pertama menyaksikan Norway melakar kejutan menewaskan Serbia 1-0 di tempat lawan pada aksi pertama Kumpulan B4, Liga Negara-Negara hari ini.

Bagaimanapun Norway juga harus berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Orjan Nyland yang mempamer aksi cemerlang sebelum memastikan kemenangan bermakna itu.

Pasukan pelawat mendahului pada minit ke-26 apabila Marcus Pedersen melakukan hantaran cantik untuk Haaland yang kemudian menyempurnakannya dari jarak dekat.

Serbia mendominasi permainan dan sentiasa memberikan tekanan kepada barisan pertahanan Norway pada separuh masa kedua tetapi Nyland menafikan beberapa cubaan berbahaya lawan sekali gus memastikan tiga mata berharga untuk pasukannya.

Serbia menerima kunjungan Slovenia pada Isnin ini manakala Norway menentang Sweden di Stockholm.

Haaland disambar oleh Manchester City di bawah bimbingan Pep Guardiola pada bulan lalu dari Borussia Dortmund.

Penyerang berusia 21 tahun itu sudah menjaringkan 86 gol dalam hanya 89 perlawanan sepanjang dua setengah tahun di Jerman.

Haaland juga menjadi penyerang prolifik untuk Norway apabila sudah menjaringkan 15 gol sepanjang 17 penampilan sebelum kemenangan 1-0 ke atas Serbia, hari ini.

(Foto Fotballandslaget FB)

Ikuti saluran Telegram Maxgoal Sports untuk berita, ramalan dan siaran langsung bolasepak terkini.

Artikel Berkaitan

Haaland baru panaskan badan

10:20 08-08-2022

Man City masih jadi pilihan untuk musim 2022/23

16:55 04-08-2022