Neymar terus buru rekod Pele

Selasa 7 Jun 2022 09:17

Jaringan menerusi sepakan penalti Neymar 13 minit sebelum masa tamat membantu Brazil mencatat kemenangan 1-0 ke atas Jepun di Stadium Nasional Tokyo.

Ia sekali gus membolehkan penyerang Paris St Germain (PSG) itu merapatkan jurang tiga gol dengan penjaring terbanyak sepanjang zaman, Pele.

Neymar tenang menyudahkan sepakan penalti menumpaskan Shuichi Gonda untuk golnya yang ke-74 dalam 119 penampilan antarabangsa selepas beberapa kali dikecewakan penjaga gol Jepun itu.

Kemenangan Brazil itu hadir selepas mereka menumpaskan Korea Selatan 5-1 tatkala Tite sedang mempersiapkan pasukannya untuk saingan Piala Dunia di Qatar November depan.

Wataru Endo menjatuhkan Richarlison dan pengadil, Alireza Faghani terus menghadiahkan sepakan penalti.

Neymar tidak berdepan masalah untuk memperdayakan Gonda yang merebahkan badan ke arah lain bagi meledak gol kesembilan dalam lima penampilan menentang Jepun.

(Foto Confederação Brasileira de Futebol FB)

Artikel Berkaitan

Thiago kutuk perangai rasis penyokong Tunisia

09:15 28-09-2022

Jaringan Messi lonjak PSG

09:38 19-09-2022