Haaland terus berbisa buat Norway

Isnin 13 Jun 2022 09:35

Penyerang sensasi Erling Haaland meledak dua gol dan membantu untuk jaringan ketiga ketika Norway mengatasi Sweden 3-2 pada aksi Liga Negara-Negara dekat Stadium Ullevaal di Oslo awal pagi tadi.

"Saya tidak mampu berkata-kata!... Ini kali pertama saya bermain di depan penonton yang penuh dekat Ullevaal. Dan untuk menang menentang Sweden pada perlawanan terakhir musim ini sesuatu yang indah," jelas pemain berusia 21 tahun itu.

Haaland, yang akan menyertai Manchester City dari Borussia Dortmund musim panas ini memberikan gol awal buat Norway pada minit ke-10 hasil tandukan selepas menerima hantaran lintang.

Dia menambah gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-54 selepas Hjalmar Ekdal mengasari Alexander Sorloth.

Ia adalah gol antarabangsa ke-20 Haaland dalam 18 penampilan bersama Norway.

Sweden membalas lapan minit kemudian apabila Emil Forsberg meledak hasil hantaran Dejan Kulusevski.

Haaland kemudian melintangkan bola buat Sorloth menanduk masuk dan mengekalkan kelebihan dua gol tuan rumah selepas 77 minit.

(Foto Fotballandslaget FB)

Artikel Berkaitan

Haaland baru panaskan badan

10:20 08-08-2022

Man City masih jadi pilihan untuk musim 2022/23

16:55 04-08-2022