Rundingan Salah-Liverpool buntu

Isnin 20 Jun 2022 09:39

Liverpool dilaporkan menyerah kalah dalam rundingan dengan penyerang berbisa Mohamed Salah dan pemain Mesir itu dijangka meninggalkan pasukan sebagai ejen bebas pada musim panas depan.

The Reds telah pun kehilangan salah seorang bintang mereka, Sadio Mane yang hampir pasti menyertai Bayern Munich manakala Darwin Nunez ditandatangani menggantikan Mane dengan nilai £85 juta (RM457j).

Ketika Mane menunjukkan hasrat mencari cabaran baharu, Salah pula masih berminat kekal di Anfield tetapi kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai gaji dalam rundingan kontrak baharu yang berlanjutan berbulan lamanya. Salah dilaporkan mahu bayaran £400,000 (RM2.15j) seminggu yang tidak dapat dipenuhi Liverpool.

Laporan media menyebut Liverpool kini menjangkakan tiada sebarang perkembangan positif rundingan dengan Salah dan musim depan bakal yang terakhir buatnya di Anfield. Liverpool tidak bercadang membuka semula pintu rundingan dengan pemain itu dan menuruti permintaan gajinya.

Salah antara pemain bergaji lumayan di Anfield dengan bayaran £200,000 (RM1.07j) seminggu manakala Liverpool tidak akan 'mencabuli' struktur gaji ditetapkan hanya untuk memastikan Salah kekal bersama kelab.

Salah berusia 31 tahun itu pada musim panas depan tetapi tetap berbisa dan bintang Mesir itu meledak 31 gol selain membantu 16 jaringan dalam semua kejohanan musim lalu.

(Foto Liverpool FC FB)

Artikel Berkaitan

Salah sedih berpisah dengan Mane

09:41 23-06-2022

Rudiger gembira Real tewaskan Liverpool

10:14 21-06-2022