Zidane masih 'berapi' untuk bola sepak

Isnin 20 Jun 2022 10:03

Zinedine Zidane berkata dia masih mempunyai 'api' untuk meneruskan kerjaya pengurusannya, walaupun setahun tidak mengendalikan sebarang pasukan selepas meninggalkan Real Madrid.

Pengendali kelahiran Perancis itu meninggalkan Santiago Bernabeu buat kali kedua pada penghujung musim 2020-21, setelah membimbing kelab itu mencipta hatrik kejayaan Liga Juara-Juara (UEFA Champions League) semasa penggal pertamanya sebagai pengurus dan memenangi 11 trofi kesemuanya sepanjang berada di sana.

Zidane sejak itu telah dikaitkan dengan beberapa lain, termasuk di negara asalnya di mana dia disebut-sebut sebagai calon berbaik untuk menggantikan Mauricio Pochettino di Paris Saint-Germain, serta kemungkinan pengganti Didier Deschamps sebagai ketua jurulatih Perancis selepas Qatar 2022.

Dengan pengendali Nice, Christoph Galtier, kini menjadi pilihan untuk mengambil alih tampuk di Parc des Princes, Zidane tampak akan terus "berehat" di luar padang. 

Tetapi bekas pemenang Piala Dunia itu, yang mencecah 50 tahun bulan ini, berharap untuk kembali ke tempat duduk, sambil mengakui dia tetap berpuas hati tanpa perlu terus ke mana-mana pekerjaan yang tersedia.

"Saya mahu meneruskan... saya masih lagi bersemangat. Bola sepak adalah minat saya," katanya.

"Tetapi saya [hampir] berusia 50 tahun dan berpuas hati. Saya gembira, dan itu perkara yang paling penting."

(Foto Zinedine zidane Officiel FB)

Artikel Berkaitan

Son sasaran terbaru Real Madrid?

09:41 24-06-2022

Neymar tidak akan tinggalkan PSG

09:37 24-06-2022