Sarawak United terkesan dengan kehilangan Sathia

Rabu 22 Jun 2022 09:45

Ketiadaan bekas jurulatih Sarawak United FC, B. Satianathan yang terpaksa direhatkan ekoran berdepan masalah kesihatan sememangnya dirasai oleh semua pemain.

Jelas pertahanan Sarawak United, Stuart Wark, dia mengakui seluruh pasukan sangat terkesan dengan situasi itu yang buatkan mereka kurang bersemangat sebelum menghadapi Selangor FC, pada Ahad.

Justeru, dia mengharapkan Satianathan agar kembali sembuh dan mendapat rawatan yang terbaik terhadap penyakit dihadapinya.

"Situasi sekarang sukar untuk kami jelaskan tetapi jalan terbaik jelas dia perlu berehat kerana berdepan masalah kesihatan.

"Beliau telah berikan segala-galanya untuk pasukan ini dan sentiasa menjaga kebajikan pemain bagi pastikan Sarawak United mampu bersaing seperti pasukan lain.

"Kekalahan ini saya rasa sudah tentu buatkan dia lagi kecewa tetapi harapan saya,kami akan bangkit daripada kekalahan ini, " katanya.

Satianathan telah memberikan notis untuk berhenti pada 13 Jun iaitu seminggu sebelum perlawanan dengan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Tugas ketua jurulatih Sarawak United akan diambil alih bekas penolong ketua jurulatih Harimau Malaya, S. Balachandran.


(Foto Sarawak United FB)

Artikel Berkaitan

Harimau Malaya huni kedudukan 147 dunia

09:50 24-06-2022

Son sasaran terbaru Real Madrid?

09:41 24-06-2022