Penang hilang khidmat Casagrande

Rabu 22 Jun 2022 10:03

Ketua Jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan menyasarkan kejutan ke atas Terengganu walaupun berhadapan masalah kecederaan menjelang pertemuan Liga Super mereka di Stadium Bandaraya malam ini.

Skuad Harimau Kumbang akan kehilangan pemain tonggak  nselmo Arruda da Silva disahkan mengalami keretakan tulang pipi kanan atau zygomatic arc ketika aksi Liga Super menentang Petaling Jaya City FC Sabtu lalu.

Ketua Jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan berkata, pemain yang dikenali sebagai Casagrande itu selamat menjalani pembedahan petang semalam dan kini sedang dalam proses pemulihan.

"Casagrande tidak dapat diturunkan esok. Kecederaannya dijangka mengambil masa lebih sebulan untuk pulih," katanya 

"Keadaan pasukan agak terkesan dengan masalah kecederaan namun kita akan memberi saingan kepada Terengganu. Kita semua tahu yang Terengganu pasukan yang kuat dan pemain mereka telah lama bersama...mereka akan menjadi lawan yang sukar dikalahkan."

"Tetapi jika kita berjaya mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah dan berkerja keras ketika perlawanan, kita mampu mencipta kejayaan di laman sendiri."

"Para pemain telah menunjukkan semangat juang pada perlawanan menentang PJ City untuk bangkit mencatat keputusan seri. Saya rasa ia boleh memberi motivasi kepada pemain untuk terus berjuang pada musim ini."

(Penang Football Club FB)

Artikel Berkaitan

Penang raih kemenangan pertama Liga Super

09:25 23-06-2022

Perak bebas sekatan FIFA

11:50 17-06-2022