Penang raih kemenangan pertama Liga Super

Khamis 23 Jun 2022 09:25

Sentuhan pengendali baru, Zainal Abidin Hassan, memastikan Penang meraih kemenangan sulung musim ini tetapi ia masih belum cukup untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Super.

Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu -- dalam perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Bandaraya semalam -- turut meleburkan rentetan tiga kemenangan liga milik skuad Penyu.

Pemain import baru Harimau Kumbang, Hilal El-Helwe, turut tidak mengecewakan apabila memberikan gol pendahuluan pada minit ke-23 sebelum Terengganu rancak memberikan saingan dalam separuh masa kedua.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Faisal Halim menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-48 tetapi jaringan T. Saravanan  mengembalikan kelebihan Penang 2-1, dua minit kemudian.

Kemenangan itu menyaksikan Penang menduduki tangga ke-11, satu mata di belakang Sri Pahang dan Melaka United.

"Keadaan sekarang amat menggembirakan kami kerana mengutip kemenangan pertama,"

"Apa yang lebih menggembirakan saya ialah kesungguhan pemain yang berikan usaha 200 peratus dan semangat berpasukan yang begitu baik," kata bekas jurulatih Melaka musim lalu itu selepas perlawanan.

(Foto Penang Football Club FB)

Artikel Berkaitan

Penang hilang khidmat Casagrande

10:03 22-06-2022

Perak bebas sekatan FIFA

11:50 17-06-2022