Maguire bakal hilang pangkat kapten?

Khamis 23 Jun 2022 11:06

Manchester Uni­ted dijangka mengekalkan Harry Maguire, namun dalam masa sama cuba mendapatkan pertahanan baharu jika berjaya menjual Eric Baily, Phil Jones serta Axel Tuanzebe pada musim panas ini.

Masa depan Maguire di Old Trafford kelihatan samar selepas mengharungi musim buruk berdasarkan prestasi dan kepimpinan sebagai kapten sehingga dipersoalkan oleh rakan sepasukan sendiri.

Pengurus baharu Red De­vils, Erik Ten Hag bercadang untuk mengekalkan bek tengah England itu bersama Raphael Varane dan Victor Lindelof, begitupun kedudukannya sebagai kapten belum dipastikan.

Ten Hag belum mempunyai kata putus mengenai perkara tersebut biarpun pengurus sementara, Ralf Rangnick menjelaskan pemain sepatutnya menentukan sendiri siapa layak memakai lilitan kapten.

Maguire hilang tempatnya di bawah pengurusan Rangnick dan bakal hadapi cabaran lebih sengit musim depan seandainya United berjaya mendapat seorang lagi pemain baharu yang boleh beraksi di posisinya.

Pilihan pertama United ketika ini ialah pemain dari Ajax Amsterdam, Jurrien Timber, namun United kurang optimis pemain itu akan berpindah ke Old Trafford musim depan.

United juga sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan rakan sepasukan Timber, Lisandro Marti­nez dan pertahanan ­Villarreal, Pau Torres.

Ten Hag kini amat komited untuk membawa masuk dua bekas pemain Ajax, Frenkie De Jong dan Antony serta cuba memancing bekas bintang te­ngah ­Tottenham Hotspurs, Christian Eriksen.

(Foto Man Utd FB)

Artikel Berkaitan

Pogba buat perangai

11:15 17-06-2022

Pogba semakin hampir ke Juve

11:19 16-06-2022